Pages

Macam-macam Facebook ni


Sambil-sambil layan facebook aku layan bola sekali.  ada game live kat astro perlawanan antara Manchester City vs Juventus.  Ada pemain Juventus yang aku kagum  dari dulu lagi nama Pavel Nedved(PN). Bekas pemain kebangsaan Rep Czech. Aku minat pasal dia ni sebab stail dia suka score dari jarak lebih 25m. Memang kuat dan kelajuannya boleh mencapai tahap-bapak-laju. haha.. 

Pastu aku try la search kat  facebook mana tau kot-kot ada page dia  ni. Sekali keluar result  memang banyak gila la. Tapi yang kat atas tu memang menarik perhatian aku.  Mana taknye kan ke tu gambar Bastian Schweinsteiger. Dah tu boleh letak nama PN lak.

Ada pulak tu kawan yang add dia ni. Sengal..

Beriklan dengan ISM

Ada  satu  lagi  peluang  untuk  meningkatkan  pendapatan  anda  daripada  blog. Anda  mungkin  menggunakan adsense,  nuffnang,  advertlets  dan  sebagainya.  Tetapi  ini  adalah  sesuatu  yang  agak  baru.  Iaitu  beriklan dengan ISM.

Apa itu ISM? 

ISM adalah singkatan untuk Image Space Media. Sebuah medium pengiklanan yang sangat berinovatif dan berkonsepkan PPC (Pay-Per-Click). Cara  iklannya  adalah sangat menarik kerana ia berkonsepkan iklan dalam gambar (sistem ini tidak berfungsi jika tiada gambar). Bermakna  iklan akan keluar pada gambar yang terkandung  dalam  blog  kita. Sangat  sesuai  bagi  blogger  yang  gemar  membuat  post  bergambar. 


Siapa yang boleh menggunakan ISM?

Blogger yang menggunakan blogspot dan WordPress boleh menggunakannya.


Bagaimana  untuk  melihat  iklan  tersebut?

Iklan  anda  boleh  dikatakan  tersembunyi  di dalam  gambar  dan  hanya  akan  muncul  apabila  anda menghalakan  kursor (anak panah tetikus).  Jadi  iklan  tersebut tidak akan mencacatkan dan menghalang pandangan  pengunjung  blog  anda  kepada  gambar  tersebut.

iklan berada di dalam gambar



iklan akan muncul jika kursor diletakkan ke dalam gambar

iklan juga berada di bahagian bawah gambar

Bagaimana  anda  beroleh  pendapatan?
Konsep  ISM  adalah  sama  dengan  pengiklan  yang  lain.  Setiap  klik  yang  berjaya dibuat oleh pengunjung  blog  anda,  komisyen  akan  diberikan.


Bagaimana untuk mendapatkan bayaran?

Bayaran  akan  didepositkan  ke  akaun  PayPal  anda  jika  jumlah  pendapatan  anda  mencapai  usd $25. 

bagi mereka yang tidak mempunyai akaun PayPal, boleh buat secara percuma di sini.

Sign up for PayPal and start accepting credit card
payments instantly.

Bagaimana untuk menyertai?

Mudah  saja. Anda  hanya  perlu  mengisikan  segala  informasi  tentang  diri  anda  dan  blog  anda. Kelulusan  adalah  dalam  masa  24 jam.  

klik banner untuk menyertai  

ISM (Image Space Media) Referral Banner


Bagaimana meletakkan kod javascript?

Selepas  permohonan  anda  berjaya,  anda  boleh  meletakkan  kod  javascript  yang  akan  diberikan  ke  dalam  blog  anda.  Caranya  mudah  iaitu  dengan  meletakkan  kod  itu  ke  bahagian  < body> ++script++ < /body>.  Lebih  kurang  sama  ketika  anda  meletakkan  iklan  'leaderboard'  untuk  nuffnang.

Bagi pengguna WordPress juga sudah disediakan plugin ISM khusus oleh pihak ISM.



ENJOY!! & HAPPY EARNING!!

Baju dari surat khabar





kreatif dan cantik kan dress ni. agak-agak ada tak yang berani nak pakai baju camni. kalau korang dibayar untuk pakai jalan-jalan kat KL nak tak?

kalau cuaca cam kat Malaysia jangan la berani sangat nak pakai baju ni. cuaca kat Malaysia ni panas dan lembap sepanjang tahun. bila-bila masa je boleh hujan. 

cuba la bayangkan korang tengah tunggu bas ke teksi ke kat tepi jalan dengan berpakaian sebegini. tetiba hujan lebat turun. korang basah kuyup. apa yang akan terjadi kat baju tu. 

cuba la bereksperimen kat rumah. basahkan suratkhabar, pegang bahagian tepi, pastu angkat. memang hancur suratkhabar tu. pastu apa jadi masa korang pakai suratkhabar yang basah tadi tu.. pikir la sendiri.. huehue..

Hari Ulangtahun Kelahiran Bonda

pada 28 Julai aritu famili aku ada buat majlis skit untuk sambut besday ibuku. takde la besar sangat majlisnye setakat kumpul famili aku je. macam ni la tiap tahun sebab dah tak terasa nak buat majlis besar2. tak kira la harijadi sape pon. lagi sikit lagi meriah kot. kalau ramai2 dah nak kene hidang makanan banyak2 pulak. dah satu hal kene keluar kos lagi. 


kek telah disponsor oleh cik dayah. beliau ni nak kata rapat ngan famili aku tu takde la jugak. yang buatkan dia ni macam attach dengan famili kami adalah sebab arwah abang aku dulu mungkin minat kat dia ni tapi tak berkesempatan nak berkawan. sebab Allah lebih sayang dia. dia eksiden dan meninggal di hospital. kira macam cik dayah ni menantu tak jadi la. hehe..


sambung cite balik. main dishes pada malam itu adalah pizza hut. sedap tu memang la sedap tapi dah sejuk kan. boleh tahan gak la liatnye. dapat lak piza yang baru tu yang ada bebola daging. peh memang best. yang buat air mata aku nak meleleh malam tu sebab makan dapat chicken wing. memang lazat la. lama dah aku nak carik chicken wing yang ada rasa smocky je. cam kat dalam rancangan Man vs Food kat astro 707. peh meleleh. pasor lambaknye chicken wing ade gak rasa smocky tapi asap dari bara arang tu. baik aku kunyah je arang tu. gambor chicken wing tak sempat snap lak sebab dah sebok makan.


aku dua tiga menjak ni kalau bab makan ada macam cerewet sikit. ni lagi la bulan posa. tah cemana akunye cerewet tu nanti. samada aku akan makan banyak atau pon sekadar makan buah kurma je. tengok la nanti.

kebudakan persekolahan

sekolah kebangsaan
aritu aku ditugaskan untuk menghantar dan mengambil anak2 sedara aku pergi dan balik dari sekolah. biasanya ni ayah aku yang buat. biasa la orang dah pencen apa lagi nak buat. tapi oleh kerana ayah dan ibuku kene pergi kursus haji yang dibuat di masjek klang, terpaksa la aku yang kene ganti buat sume tu. 

teringat lak masa zaman aku sekolah dulu2. masa aku sekolah agama aku sorang je yang pakai baju melayu leher teluk belanga. budak2 lain semua leher cekak musang. almaklum la mak bapak orang johor. kene la pakai pakaian tradisi johor kan. cuma baju je kene letak dalam sampin. sampin lak kaler hijau. sekolah agama johor sampin kaler biru kan. hilang stail kejohoran aku. sekolah pun kat selangor kene la ikut kan. kalau tak ikut maunye aku kene buang sekolah. dah satu hal lak kene pindah johor semula. tapi dulu johor best cuti weekend hari jumaat ngan sabtu. sekarang ni dah sama lak cuti sabtu ahad.

sekolah agama
bile tengok je budak2 tu keluar dari sekolah, ada rasa lucu lak. alahai bebudak nih. apsal ala sume kecik2 je. budak2 zaman milennium ni memang sume kecik2 kan. aku rasa zaman aku sekolah dulu memang besar budak2 sedarjah ngan aku. budak2 zaman sekarang ni kurang vitamin la aku rasa. faktor pemakanan gaknye. aku ade tgk dalam rancangan oprah, ada kajian mengatakan jenis makanan yang sama mempunyai kadar vitamin yang berbeza dulu dan sekarang. contohnya seekor ikan kembung pada masa sekarang mengandungi kurang vitamin daripada seekor ikan kembung 10 tahun lepas. cemane tu?

kalau macam tu la kan, memang kos sara hidup sesebuah keluarga akan meningkat la. nak kene beli makanan tambahan untuk anak2. tu belum campur dengan penyakit lagi. dah le sekarang nih macam2 penyakit ada. kencing tikus la, kencing kucing la, kencing jiran la. mak bapak punye supplement mesti la kene beli gak. kok mak bapak sakit nanti sapa lak nak carik duit. takkan nak suruh anak gi jual kalendar ngan tiger balm kat stesen minyak?

aku dan ping pong bat

tengah xde pape nak buat tadi mata aku ternampak pada bat ping pong kat sebelah tv. xde la pape yang menarik sebab ni bende berkaitan dengan sukan yg pada aku tak semenarik badminton atau tenis. mungkin sebab aku sendiri pon jarang tgk sukan ni walaupon ade live kat tv. tapi aku ade gak main kekadang.

bat ping pong
tapi yang buat aku teruja nak buat post ni adalah sebab bat ping pong ni unik. unik dari segi saiz la. kecik gila. siap dengan bola sekali. tah mane datang aku pon x tau. tu yang aku terus simpan dalam poket bawak masuk bilik snap ngan kamera henpon yang x berape nak terang. kamera 1MP beb mana ade orang pakai lagi. tapi dah tu je yang aku ade.

saiz thumbdrive je tu
rajin kan aku siap compare dengan barang2 kat dalam rumah aku. tu belom lagi letak kat sebelah esbok ke, gobok baju ke, selipor jamban ke.

mouse lagi besor
gile kecik aku rase nak kunyah je bende nih. tapi nanti kelako la pulak bile masuk sokkabo headline "seorang lelaki mati kunyah bat ping pong mainan". aku rasa orang yg baca sikit pon x kesian sesilap gelak melekek2.

ibu jari kaki aku lagi besor gedabak tapi x dapek la nak snap dengan jari kaki kang terkantoi lak cargon. boleh jatuh saham yang tengah mencanak naik nih.

Kebengkakan.

Hari tu mata aku tetiba je bengkak betul-betul lepas solat maghrib. Memang tak boleh tahan rasa pedih. Dalam masa yang sama aku sakit perut. Cuba bayangkan sambil menahan sakit kat mata tu aku boleh dok mencangkung lak. Dan dalam masa yang sama jugak hidung aku pedih sampai susah nak bernafas sambil bersin yang berulang-ulang tanpa henti. Tekak perit dan berlendir jangan cakap la tah berapa kali aku berkahak dan meludah. Situasi yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Sesudah aku keluar dari toilet mak dan akak aku tengok aku dalam keadaan terperanjat.

 masa memula kena

Banyak cerita takde aku terus pergi klinik naik motor. Doktor kata aku alergik. Pelik gak ar. Seumur hidup tak pernah ada alergik pada benda kat sekeliling aku ni.

lepas sejam makin bengkak

Hambek kau hobat. Aku kene injek kat bontot. Doktor kata tu untuk alergik. Tapi yang best nye doktor tu kagum aku masih boleh bawak motor dalam keadaan macam tu. Dia tak tau bagai nak gila menahan sakit pastu dengan silau lagi. Aku bawak balik ubat 3 jenis. Total RM38.

lepas 12jam

Ubat yang doktor tu injek kat aku boleh menyebabkan mengantuk. Dalam 2-3 jam aku mula rasa mengantuk. Tidur tak ingat apa dah. Tapi bagus gak ubat yang doktor tu bagi. Dalam masa 12 jam boleh surut bengkak tu. Sakit pun dah makin kurang.

lepas 24jam

Cukup 24 jam dah kurang rasa pedih kat mata. Cuma rasa kurang selesa sebab masih bengkak. Hidung ngan tekak pun dah ok. Dalam masa 2 hari semua hilang. Bengkak takde sakit pun dah takde.


Pe cite?

Salam sume..

punye la lama tak jenguk blog nih..

seingat aku la follower sume ade 53..tetiba arini tengok da ilang sorang..

adat la tu kan sebab da lama x beraksi ni..

sume orang lupe..

x kesah la..

papehal..

keep in touch..

Salam semua

rasanya dalam 2 ke 3 bulan ni aku terpaksa stop kejap dari
aktiviti blogging & blogwalking. sekarang banyak sangat masalah.
serba tak kena dibuatnya.
nanti la, kalau semua dah ok aku akan jenguk kembali ke blog
korang semua. tu pun kalau ada yang singgah la.

Anyway, terima kasih kepada semua kerana rajin berkunjung
ke sini. ada masa nanti aku singgah ke blog anda ok.

kalau nak singgah gak, tinggalkan la url korang kat shoutmix tu,
nanti aku jejak semula.

Salam.