Pages

kebudakan persekolahan

sekolah kebangsaan
aritu aku ditugaskan untuk menghantar dan mengambil anak2 sedara aku pergi dan balik dari sekolah. biasanya ni ayah aku yang buat. biasa la orang dah pencen apa lagi nak buat. tapi oleh kerana ayah dan ibuku kene pergi kursus haji yang dibuat di masjek klang, terpaksa la aku yang kene ganti buat sume tu. 

teringat lak masa zaman aku sekolah dulu2. masa aku sekolah agama aku sorang je yang pakai baju melayu leher teluk belanga. budak2 lain semua leher cekak musang. almaklum la mak bapak orang johor. kene la pakai pakaian tradisi johor kan. cuma baju je kene letak dalam sampin. sampin lak kaler hijau. sekolah agama johor sampin kaler biru kan. hilang stail kejohoran aku. sekolah pun kat selangor kene la ikut kan. kalau tak ikut maunye aku kene buang sekolah. dah satu hal lak kene pindah johor semula. tapi dulu johor best cuti weekend hari jumaat ngan sabtu. sekarang ni dah sama lak cuti sabtu ahad.

sekolah agama
bile tengok je budak2 tu keluar dari sekolah, ada rasa lucu lak. alahai bebudak nih. apsal ala sume kecik2 je. budak2 zaman milennium ni memang sume kecik2 kan. aku rasa zaman aku sekolah dulu memang besar budak2 sedarjah ngan aku. budak2 zaman sekarang ni kurang vitamin la aku rasa. faktor pemakanan gaknye. aku ade tgk dalam rancangan oprah, ada kajian mengatakan jenis makanan yang sama mempunyai kadar vitamin yang berbeza dulu dan sekarang. contohnya seekor ikan kembung pada masa sekarang mengandungi kurang vitamin daripada seekor ikan kembung 10 tahun lepas. cemane tu?

kalau macam tu la kan, memang kos sara hidup sesebuah keluarga akan meningkat la. nak kene beli makanan tambahan untuk anak2. tu belum campur dengan penyakit lagi. dah le sekarang nih macam2 penyakit ada. kencing tikus la, kencing kucing la, kencing jiran la. mak bapak punye supplement mesti la kene beli gak. kok mak bapak sakit nanti sapa lak nak carik duit. takkan nak suruh anak gi jual kalendar ngan tiger balm kat stesen minyak?

No comments: