Pages

Memang Gila 1

sambil aku menaip ni, aku tengah mencangkung. sebab apa aku mencangkung adalah kerana aku malas nak duduk. sebenarnya aku tengah kekeringan idea dan tak tau nak cerita pasal apa.

aku rasa ini adalah fenomena paranormal untuk diri aku. masalah aku adalah tiap kali aku log in ke blogger mesti aku rasa cam orang mandul. ya, kemandulan idea.

aku tak tau kenapa aku rasa sangat kosong bila mengadap ruangan posting ni. sambil sambil aku layan 9gag, aku kasi gelak gelak. rasa macam dah penuh kepala otak. bila bukak je ruangan posting ni aku rasa kosong semula. deep shit.

bila aku pikir pikir semula, ada beberapa masa dan ketika yang aku akan rasa sangat penuh ilmu di dada. sangat banyak ilham dan idea untuk menulis mencurah curah masuk ke ladang gandum (ok aku tau aku melalut) masuk ke kepala la.

antara waktu waktu tersebut adalah ketika aku makan. waktu makan adalah waktu kita konsentret kepada makanan dan cara pemakanan. kita tak boleh membiarkan peredaran darah ke otak lebih dari yang sepatutnya. biarkan diri kita menikmati makanan yang ada di hadapan. bukannya sibuk memikirkan hal hal dunia. selalunya masa tu jugaklah aku akan rasa "alangkah bagusnya jika aku sedang berada di depan pc". damn.


panjang pulak cerita ni. nanti la aku sambung.

Kebodohan Supervisor

ni aku nak cerita sikit la benda yang jadik beberapa hari selepas dapat tau ibu ayah aku dapat pergi ke Mekah. pada aku benda ni memang sangat sangat bodoh dan membodohkan kepada sesiapa saja yang mengalaminya.

ceritanya macam ni..

lepas dapat tau pasal haji tu kami pun berbincang la anak beranak. aku dipertanggungjawabkan membawa mereka ke tabung haji. jadi aku pun bagi la es em es pada supervisor aku tu bagitau yang hari isnin aku nak amik cuti.

ni es em es aku..

Assalamualaikum.. nak bgtau hari isnin ni aku nak 
setelkan urusan haji mak ayah aku ni..
jadi kene amik cuti..

tapi kat henpon tu takde la tulisan senget macam tu. saje je buat nampak cam sedang bercerita.

ni balas si so-called-experienced-supervisor-sebab-keje-dah-lama tu..

Wa'alaikumsalam...cuti yg mie kena ambil adalah cuti emergency 
leave (EL)...kalau cuti annual leave kena apply paling lewat 
seminggu sebelum...perkara paling teruk mie kena buat adalah 
kene contact pn satariah..nk apply cuti emergency..isnin ni...
kalau dulu,xpe ble bagitau saya je..tapi skrg mie faham2lah sendiri...

nampak tak kebodohan beliau di situ. 
yang pertama bila die tulis cuti emergency leave. apa beza cuti dengan leave? apa pasal nak kena tulis benda yang sama maksud sampai dua kali? 

yang kedua bila ada ayat perkara paling teruk mie kena buat adalah kene contact pn satariah. amende yang teruknye kalau aku contact pn satariah tu? teruk sangat ke? bukan ke dia supervisor. jadik tanggungjawab dia la kene bagitau orang atasan dia pulak. baik aku call je pn satariah tu terus. bangang betul la. 

kebodohan yang ketiga pulak dan yang paling aku menyampah sekali bila dia bagi es em es panjang panjang sampai aku kene skrol ke bawah henpon aku tu. apa salahnya kalau balas camni je "ok no problem" takde la nak menyusahkan aku membaca benda benda bangang. sampaikan aku pun turut menjadi bangang baca panjang panjang.

lagi satu hal yang buat aku menyirap bila bagitau pada pn satariah pasal kes aku ni. sebenarnya cuti yang aku kene apply tu cuma annual leave a.k.a cuti tahun je. emergency leave tu hanyalah untuk kecemasan seperti ada kematian saudara terdekat. kan dah misleading jadinya. nama je keje dah lama tapi tak boleh nak beza pasal cuti. orang macam tu ke yang aku kene respek.

ahh.. penat la menaip sambil tengok facebook ni. boleh berpinau bijik mata dibuatnya.

berhenti setakat di sini dulu. nak siap siap dengan jajan dan air teh mamak. air teh mamak kalau bungkus harga dia rm2. mahal macam cilake. ni bukan kira cekik darah. ni dah boleh kira kene pijak kepala dah.

jap lagi ada game bola Malaysia vs Bahrain. ini memang wajib tengok. tak tengok karang kata tak patriotik pulak sebab tak support team negara sendiri. tak tengok bukan bermaksud tak support. ye dak..

Story of My Life








She's Out Of My Life"

She's Out Of My Life
She's Out Of My Life
And I Don't Know Whether To Laugh Or Cry
I Don't Know Whether To Live Or Die
And It Cuts Like A Knife
She's Out Of My Life
  
It's Out Of My Hands
It's Out Of My Hands
To Think For Two Years She Was Here
And I Took Her For Granted I Was So Cavalier
Now The Way That It Stands
She's Out Of My Hands

So I've Learned That Love's Not Possession
And I've Learned That Love Won't Wait
Now I've Learned That Love Needs Expression
But I Learned Too Late

And..
She's Out Of My Life
She's Out Of My Life
Damned Indecision And Cursed Pride
Kept My Love For Her Locked Deep Inside
And It Cuts Like A Knife
She's Out Of My Life



pedih.. memang pedih..

aku lupa

petang tadi aku ada cerita yang aku nak post. tapi bila dah sampai malam ni aku lupa pulak apa yang aku nak cerita.

adakah kerana keadaan aku yang sedang menahan kencing sekarang ni yang membuat aku lupa akan hal siang tadi?

atau adakah kerana aku terlalu banyak minum air yang mengandungi bangkai semut?

atau mungkin kerana terlalu banyak menghafal lagu lagu damasutra buat aku jadi begini?

nanti la bila aku dah ingat karang aku cerita la.

English memang pening

korang akan rasa pening hanya bila korang paham english.. hehe..
a) The bandage was wound around the wound
b) The farm was used to produce produce
c) The dump was so full that it had to refuse more refuse
d) He could lead if he would get the lead out.
e) The soldier decided to desert his dessert in the desert
f) Since there is no time like the present, he thought it was time to present the present
g) When shot at, the dove dove into the bushes
h) The insurance was invalid for the invalid
i) There was a row among the oarsmen about how to row
j) They were too close to the door to close it
k) The buck does funny things when the does are present
l) To help with planting, the farmer taught his sow to sow
m) The wind was too strong to wind the sail
n) After a number of injections, my jaw got number
o) Upon seeing the tear in the painting, I shed a tear
p) I had to subject the subject to a series of tests
q) How can I intimate this to my most intimate friend?

aku merindui..



kedua dua ayah dan ibu aku sekarang berada di Mekah.. aku sangat sangat merindui mereka.. mengalir air mata aku tiap kali tengok klip video orang menunaikan haji kat youtube..

bila balik dari kerja tengok rumah kosong.. aku rasa sunyi gila.. masa hantar diorang kat Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya minggu lepas bukan main beria air mata aku keluar.. time tu dah tak peduli ada makwe cun ke gadis manis ke..

tapi dalam pada tu aku rasa hepi jugak.. ye la bila lagi diorang nak dapat peluang nak gi tunaikan haji kan..

tahun lepas punya cerita.. kelam kabut buat pasport.. beli beg besar yang ada roda tu.. ayah dengan ibu aku dah siap pergi amik suntikan untuk bakal haji.. kursus perdana peringkat negeri selangor pun dah pergi.. last last dapat tau yang diorang tak terpilih pulak.. memang kecewa habis la.. kalau ikutkan giliran diorang tahun depan.. kalau panjang umurnya takpe la jugak..  sebab tu tahun ni aku tengok diorang rilek je takde nak pergi kursus haji yang tiap tiap tahun buat kat masjid tu.. takde sebok sebok nak beli kelengkapan pun..

tup tup rilek je tabung haji hantar SMS bagitau ayah dengan ibu aku dapat pergi.. SMS tu beb.. takde surat hitam putih pun.. satu keje pulak akak aku kene pergi tabung haji komplek pkns.. kat situlah baru dapat tau semua tarikh berangkat.. dari situ bermula la episod aku amik cuti tanpa bgtau bos aku.. alah bos pun tak serupa bos datang kerja pun manjang baca utusan online je.. pastu carik kerja kat jobstreet..

punya la banyak benda nak kene setel.. dari hal tabung haji kat mekah sana tak boleh keluar duit.. dah pulak kene pergi bank islam untuk transfer duit dari tabung haji ke bank islam.. ayah aku siap buat kad debit tu.. sebab boleh guna visa.. nampak tak betapa urusan haji, hal hal makan minum kat mekah yang terang terangan tanah untuk orang Islam.. tetap mendatangkan keuntungan untuk syarikat Visa.. syarikat yang kita tak tau pegangan agama diorang.. kan dah jau haku melalut..

sampai sini je la aku cerita.. rasa malas pulak nak menaip panjang panjang ni.. btw ayah dan ibu aku InsyaAllah balik ke Malaysia 2 disember.. tak sabar menanti kedatangan hari itu..

Wordless Wednesday?

benda benda macam ni cepat je korang ikut kan.. mesti rasa tak cool kan kalau tak follow.. rasa tak mengikuti perkembangan zaman berblogging..

kejadah apa wordless wednesday tu? sapa yang cipta? berdosa ke kalau tak follow?

lepas tu letak gambar bukan bukan.. suruh orang fikir sendiri..

yang aku peliknya dekat blog bukan main ber"wordless wednesday".. tapi kat luar elok je korang bersembang dengan jiran tetangga dan rakan sebaya di hari rabu ini.. pakai gambar la wei..

tak matang langsung corak pemikiran korang ni..



.

Apa nak jadi la agaknya..

Ahad minggu lepas dalam pukul 2 petang, ibu aku ajak pergi kedai jual barang barang membuat kuih raya. dah jadi resam setiap tahun ibu aku akan buat kuih raya yang beliau sahaja tau membuatnya. sebab apa beliau je yang tau adalah kerana aku tak pernah nak ambik tau cara membuatnya.

Setelah sampai di kedai tersebut aku nampak memang ramai manusia kat dalam tu. agaknya semua jenis suka buat kuih sendiri kot. aku pon tolong la usha beberapa jenis tepung dan tak dilupa usha makwe makwe kat dalam tu. tapi malang nya marjerin planta seberat 1.5kg takde stok masa tu. kalau takde barang tu memang tak siap la kuih raya. tak dapat la aku makan kuih raya. ibu aku membuat keputusan untuk mencarinya di tesco shah alam pulak.

Sesampai di tesco shah alam, manusia memang dah ramai. usaha mencari dan menyelamatkan marjerin planta 1.5kg mula dijalankan. seluruh pelusuk alam tesco aku jelajah. tapi tidak termasuk bahagian pakaian dalam dan bahagian baju wanita. tapi yang membuatkan aku pelik adalah takde sorang pun makwe cun kat situ. apa yang dah berlaku. ke mana mereka pergi sebenarnya.

usaha telah gagal. marjerin planta 1.5kg masih tidak dijumpai.

plan C telah dirancang. kami akan bergegas ke giant seksyen 7.

sesampai di sana. keadaan agak lengang. tidak seperti di tesco. orang shah alam suka shopping kat tesco agaknya. berpusing pusing la aku dan ibuku kat dalam tu semata mata mencari marjerin planta 1.5kg. mungkin rezeki nak buat kuih raya memang kuat, ada jugak marjerin planta 1.5kg dijual kat giant. sekali lagi, aku mendapati kurangnya makwe makwe di situ. ah lantak lah. seusai bayar kami pun pulang. tetapi singgah sebentar ke kedai mamak berhampiran untuk membeli mi goreng mamak. ayah aku mengidam pulak.

mengambil kira masa dan jarak perjalan kami tadi, sampai di rumah dalam pukul enam setengah. aku masuk ke bilik dan bersiap untuk menunaikan solat asar.

aku bukak tshirt biru gambar setan yang ada di badan. aku bukak pulak tali pinggang dan butang seluar. lancar.


tetapi.. ciss.. ciss.. dan ciss..


agaknya daripada keluar rumah tadi seluar aku tak berzip.
haramjadah.

mari mengupdate blog

Assalamualaikum semua..
Selamat hari Jumaat yang mulia.. hari ni aku bercadang nak update blog..

Ok aku update ye..


nah..






Aku masih lagi MALAS!

sekian update dari aku..
terima kasih..



.

sedikit

korang perasan x yang tahun 2011 ni ada empat post je termasuk yang ini.. 

aku pun penah gak perasan dan penah gak timbul rasa ingin tahu..

setelah aku kaji dan selidik.. sambil sambil aku tanya jiran selang dua pintu rumah makcik aku kat muar sana tu (yg ni aku tipu).. aku mendapat jawapan yang memang mengkagumkan diri aku sendiri..

persoalan telah terungkai..

jawapan telah aku temui..

tiada lagi sangsi..

jawapan yang membuatkan aku mengangguk kepala sambil makan kacang cap tangan..

jawapannya adalah tidak lain dan tidak bukan..




AKU MALAS!!!



ah.. bosan..



Istilah Bercinta

Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi keriangan

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua pencinta
Haruslah berkorban
Tiada batasan




...

Ada sikit letih

2 3 hari ni ada sikit penat. sebabnye orang2 MQA nak datang. jadi sebagai pekerja yang sangat berdedikasi aku telah bertungkus lumus menyetelkan segala problem yang ada. dari betulkan pc rosak sampai mengutip sampah aku buat. masuk keje pagi tadi pun dah kene bebel. "dik, nanti tolong sediakan semua dokumen yg bekaitan pastu tolong kemas sikit kalau ada monitor yg senget kat lab tu" "Baik puan"(cakap dalam hati).

sampai la hari ni orang MQA tu datang. jengah kat tempat aku ni tak sampai pun 10 minit. stail betul la (cakap aku dlm hati lagi).prepare bagai nak gila. datang cek sekejap je.

hati panas.

hati aku bertambah panas bila datang sorang student nak simpan laptop. dengan nada malu2 beliau berkata "uncle, saya mau simpan laptop". kamon la wei. muka babyface camni ko panggil uncle. aku simpan misai ngan janggut je pun. kalau aku simpan rambut panjang ko nak panggil aku ape pulak? auntie ke?

penat ah.. nak gi sambung wat keje pulak..



p/s: korang tau ke MQA tu amende. tgk kat sini.

aku & kerja

Kat sini la aku keje sekarang. KERJA ok bukan belajar. Baru sebulan. Aku keje sebagai juruteknik IT. Keje yang hari hari aku kene ngadap komputer. Punya la lama aku tinggalkan bidang perkomputeran ni. last last balik ke asal kemahiran aku gak.

Tahun 2002 aku belajar pasal sistem komputer. cam biasa la dari start kenal kenal hardware, ke partition sampai la ke install windows. habis 6 bulan aku belajar, aku nganggur.  pastu terus masuk keje sambil belajar kat JUSCO. kan dah lari bidang tu. buang masa 3 4 tahun kat situ, belajar ntah ke mana. Sebab tiap tiap bulan dapat pegang duit.

Tapi sekarang dapat pulak keje sebagai juruteknik IT. Memang sangat gila sebab nak kejar balik benda yang aku dah tinggalkan 7 8 tahun. dah tu macam macam jenis windows yang keluar. Cara nak install pun dah makin senang. Tapi yang bestnye teknisyen lain sume ok. Diorang sanggup ajar dari A sampai ke Z.