ah.. bosan..



Istilah Bercinta

Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi keriangan

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua pencinta
Haruslah berkorban
Tiada batasan




...

Ada sikit letih

2 3 hari ni ada sikit penat. sebabnye orang2 MQA nak datang. jadi sebagai pekerja yang sangat berdedikasi aku telah bertungkus lumus menyetelkan segala problem yang ada. dari betulkan pc rosak sampai mengutip sampah aku buat. masuk keje pagi tadi pun dah kene bebel. "dik, nanti tolong sediakan semua dokumen yg bekaitan pastu tolong kemas sikit kalau ada monitor yg senget kat lab tu" "Baik puan"(cakap dalam hati).

sampai la hari ni orang MQA tu datang. jengah kat tempat aku ni tak sampai pun 10 minit. stail betul la (cakap aku dlm hati lagi).prepare bagai nak gila. datang cek sekejap je.

hati panas.

hati aku bertambah panas bila datang sorang student nak simpan laptop. dengan nada malu2 beliau berkata "uncle, saya mau simpan laptop". kamon la wei. muka babyface camni ko panggil uncle. aku simpan misai ngan janggut je pun. kalau aku simpan rambut panjang ko nak panggil aku ape pulak? auntie ke?

penat ah.. nak gi sambung wat keje pulak..



p/s: korang tau ke MQA tu amende. tgk kat sini.