Pages

Tahun 2023

Ada terfikir nak hidupkan kembali blog ni sebagai salah satu cara untuk menghilangkan stress melampau. Juga ada mengikut cadangan video-video di youtube untuk buat jurnal sebagai meluahkan isi hati. Memang sekarang aku banyak pendam daripada meluahkan. Lebih-lebih lagi bila start pandemik ni. Dah makin jarang jumpa orang. Kawan-kawan pun makin menjauh dan sibuk dengan urusan keluarga masing-masing. 

Kalau nak diikutkan sebenarnya kawan-kawan ada je kat facebook. Tapi itu semua pencitraan atau dengan kata lain yang orang nampak di permukaan sahaja. Aku post kat instagram tu semua lakonan untuk menunjukkan yang aku bahagia walaupun dah sampai usia ni masih tiada teman hidup. Ramai orang tanya bila nak kahwin. Umur dah makin jauh. Lagi pulak dalam beberapa hari nanti anak kakak aku akan melangsungkan perkahwinan. Masa kenduri tu nanti makin ramai orang akan bertanya soalan yang sama. Percayalah. Tapi macam biasa aku akan senyum dan gelak kecil untuk mempercepatkan orang untuk diam. Dalam jiwa aku ni meronta takde sapa yang tahu.

Okay la itu je kot buat masa sekarang ni. Bila ada masa nanti aku sambung lagi.