aku dan ping pong bat

tengah xde pape nak buat tadi mata aku ternampak pada bat ping pong kat sebelah tv. xde la pape yang menarik sebab ni bende berkaitan dengan sukan yg pada aku tak semenarik badminton atau tenis. mungkin sebab aku sendiri pon jarang tgk sukan ni walaupon ade live kat tv. tapi aku ade gak main kekadang.

bat ping pong
tapi yang buat aku teruja nak buat post ni adalah sebab bat ping pong ni unik. unik dari segi saiz la. kecik gila. siap dengan bola sekali. tah mane datang aku pon x tau. tu yang aku terus simpan dalam poket bawak masuk bilik snap ngan kamera henpon yang x berape nak terang. kamera 1MP beb mana ade orang pakai lagi. tapi dah tu je yang aku ade.

saiz thumbdrive je tu
rajin kan aku siap compare dengan barang2 kat dalam rumah aku. tu belom lagi letak kat sebelah esbok ke, gobok baju ke, selipor jamban ke.

mouse lagi besor
gile kecik aku rase nak kunyah je bende nih. tapi nanti kelako la pulak bile masuk sokkabo headline "seorang lelaki mati kunyah bat ping pong mainan". aku rasa orang yg baca sikit pon x kesian sesilap gelak melekek2.

ibu jari kaki aku lagi besor gedabak tapi x dapek la nak snap dengan jari kaki kang terkantoi lak cargon. boleh jatuh saham yang tengah mencanak naik nih.

Kebengkakan.

Hari tu mata aku tetiba je bengkak betul-betul lepas solat maghrib. Memang tak boleh tahan rasa pedih. Dalam masa yang sama aku sakit perut. Cuba bayangkan sambil menahan sakit kat mata tu aku boleh dok mencangkung lak. Dan dalam masa yang sama jugak hidung aku pedih sampai susah nak bernafas sambil bersin yang berulang-ulang tanpa henti. Tekak perit dan berlendir jangan cakap la tah berapa kali aku berkahak dan meludah. Situasi yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Sesudah aku keluar dari toilet mak dan akak aku tengok aku dalam keadaan terperanjat.

 masa memula kena

Banyak cerita takde aku terus pergi klinik naik motor. Doktor kata aku alergik. Pelik gak ar. Seumur hidup tak pernah ada alergik pada benda kat sekeliling aku ni.

lepas sejam makin bengkak

Hambek kau hobat. Aku kene injek kat bontot. Doktor kata tu untuk alergik. Tapi yang best nye doktor tu kagum aku masih boleh bawak motor dalam keadaan macam tu. Dia tak tau bagai nak gila menahan sakit pastu dengan silau lagi. Aku bawak balik ubat 3 jenis. Total RM38.

lepas 12jam

Ubat yang doktor tu injek kat aku boleh menyebabkan mengantuk. Dalam 2-3 jam aku mula rasa mengantuk. Tidur tak ingat apa dah. Tapi bagus gak ubat yang doktor tu bagi. Dalam masa 12 jam boleh surut bengkak tu. Sakit pun dah makin kurang.

lepas 24jam

Cukup 24 jam dah kurang rasa pedih kat mata. Cuma rasa kurang selesa sebab masih bengkak. Hidung ngan tekak pun dah ok. Dalam masa 2 hari semua hilang. Bengkak takde sakit pun dah takde.


Soundtrack Cinderella's Stepsister

Antara drama korea yang menarik. Tapi dah habis dah ceritanya. Layan beb.