Pages

Friendster

Kepada sesiapa yang masih memiliki akaun Friendster
elok la tengok video ni sebab sesuatu yang sangat lucu sedang berlaku



Cam hampeh kan.
Aku pun ada lagi akaun friendster ni.
Kat sini je la aku dapat tau perkembangan kawan sekolah aku.
Kalau nak harapkan Facebook memang tinggal harapan je la.

aku mengintai ke?

Hari Isnin yang lepas aku saje gatal gi tido lambat. Hambek kau hobat, aku bangun kul 1 tengahari. Lepas bangun tu aku try cuba test la nak bukak mata. Tapi rasa lain macam sikit sebab tak boleh nak bukak yang sebelah kiri ni.

Rasa cam bengkak je cam baru lepas kene tumbuk. Cemane rasa kena tumbuk ek. Pernah ke aku kene tumbuk? tak pernah kot.

Nah aku belanja korang tengok mata aku.



Kalau bengkak cam ni orang kata ketumbit kan. Orang kata lagi bahawasanya kalau kene ketumbit ni orang yang mengintai orang. Pekejadahnya aku mengintai orang. Ni ntah-ntah kene gigit semut ke, tergosok masa tido ke. Ni dah masuk hari ke 3 tak surut lagi bengkaknya.

Sakit woo masa bangun tido. Ni yang nak mintak tolong anda semua kalau ada sapa-sapa yang tau cara nak hilangkan bengkak ni dipersilakan tinggalkan komen ye.

Dan kalau ada sapa-sapa yang tergoda dengan mata ni pun boleh tinggalkan
no tepon sekali..hehe. Mana la tau dari mata turun ke hati.

lady gaga

boring2 tadi bukak youtube search lady gaga. dahsyat gak pengaruh pompuan ni walaupun pada aku lagu die xde la best sangat pon. tapi berapa ramai yg dah tgk video lady gaga nih? berpuluh juta org beb.


klik gambar untuk besarkan

agak2 la kan bile gaknye siti nurhaliza, misha omar, jaclyn victor (sekadar menyebut beberapa nama) dapat view yang camni ek. itupun kalau ada yg upload videoklip diorang kat youtube.

Minggu Lepas

Pada hari Selasa minggu lepas keluarga aku menerima panggilan dari jiran lama yang mengatakan emak beliau sudah tidak bercakap dan tidak lagi kenal sesiapa. Emak beliau memang sudah lama sakit. Ayah, ibu dan aku bergegas ke rumah jiran lama yang jauhnya sekitar 5 minit menaiki motor. Setiba aku di sana kelihatan sebahagian saudara mara mereka sudah berkumpul. Aku masuk dan nampak sekujur tubuh terbaring kaku. Mulut ternganga, mata tertutup. Aku tengok ada yang tengah baca Surah Yaasiin. Aku duduk berteleku sambil baca apa yang patut. Lepas sejam aku keluar dan balik. Dalam hati aku berkata, lama lagi hayat Mak ni. Aku memang biasa memanggil dia Mak. Rumah dia tu dah menjadi tempat aku membesar.

Kemudian pada hari Khamis selepas Maghrib telah diadakan majlis bacaan Yaasiin beramai ramai di rumah Mak. Aku tak pergi sebab jam 8.30 ada rancangan Seekers. hehehe. Ibu aku ada bagitau yang Imam Jalil ada berpesan kepada anak Mak supaya mengisytiharkan kepada Mak yang anak-anak ini akan menggantikan puasanya. Mungkin kerana melihat Mak begitu, seperti ada sesuatu yang belum dibuat. Tak lama selepas tu dalam pukul 11.25 sekali lagi ayah aku menerima panggilan. Mak sudah meninggalkan dunia. Sekali lagi kami bergegas ke rumah Mak.
Sesampai di rumah Mak Imam Jalil terus membuat acara bacaan Yaasiin dan sekaligus tahlil.

Keesokan harinya aku terus ke masjid untuk Solat Jenazah. Hujan turun gerimis. Perkarangan masjid dah penuh dengan saudara mara arwah Mak. Sementara menunggu jenazah dimandi dan dikafankan, sekali lagi tahlil dibuat. Kemudian sanak saudara dipanggil bagi melihat arwah mak untuk kali terakhir sebelum ditutup mukanya dan disolatkan.

Sesudah solat, jenazah dimasukkan ke dalam van untuk dihantar ke tanah perkuburan. Aku menjadi pegawai trafik seketika, menahan kereta di simpang untuk memudahkan van jenazah selamat sampai ke tanah perkuburan. Alhamdulillah proses pengkebumian sangat mudah. Selepas talkin dan doa dibacakan aku mengambil sedikit masa untuk sedekah Alfatihah dan surah lazim sebelum balik.

3 malam berturut-turut diadakan acara bacaan Yaasiin dan tahlil. Semoga roh Mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah.

Al-Fatihah kepada Aminah binti Hajjah Khadijah.


(sesungguhnya aku memang tak pandai bercerita)


Perodua Alza

Perodua Alza. MPV untuk Perodua.








Interior kira ok la.




Ruang belakang pun besar gak bila lipat kerusi. Tapi bila bukak kerusi belakang tu nampak sempit lak. Kira nak balik kampung memang sendat la.


Tadi ada ditunjukkan dalam Malaysia Hari Ini. Ada dalam kaler putih, hitam, silver dan juga kaler bawah ni maroon. Kalau ada kaler lain tak tau la sebab tu je yang aku nampak tadi.


Sesuai untuk famili dan bujang.
Enjin 1.5.
Ada jenis biasa dan premium.
Lingkungan harga RM55,000 ke RM70,000 mengikut spec.
Mana lagi murah Alza ke Exora?

Rahsia Di Dalam Ais

1. Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur
agar dapat kembali tidur seperti biasa.

2. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan
tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk
menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah
lagi jangka panjang.

3. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana
bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam
cuaca begini.

4. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub
Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat
panas.

5. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah
rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang
mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

6. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang
keterlaluan.

7. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan
benarkan anak anda memakan ais krim secara
perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa
beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya
akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

8. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan
kepantasan pergerakan.

9. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang
tidak disangka-sangkakan.

10. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang
akut seperti demam panas yang biasanya
dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

11. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang
telah patah dengan syarat ia dibalut dengan
kain hitam.

12. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang
yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang
dengan lebih cepat.

13. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan
mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab
utama terjadinya lumpuh.

14. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi
atau yang telah terkena panas cahaya matahari
yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

15. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami
gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur
spiritual yang jahat.

16. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut
lagi mengharmonikan.

17. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

18. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga
pencegahan berbagai penyakit alahan dan
jangkitan.

19. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal
yang paling keras iaitu Intan.

20. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem
penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke
dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

21. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat
orang yang telah hilang seperti pengsan, gila
dan koma kembali sedar.

22. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan
urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan
melemahkan struktur tulang.

23. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

24. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan
melalui niat dalam amalan berwuduk.

25. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

26. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin
merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa
kasih sayang dan keikhlasan.

27. Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia
amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan
keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi
bersifat panas dan ia memerlukan pasangan
yang bersifat sejuk.

28. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut.
Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan
pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.


Important Notice: Bagaimanapun anda sangat dilarang mengambil ubat dengan minum air sejuk.
Penulis sekadar berkongsi maklumat yang diterima di dalam inbox emel dan tidak akan bertanggungjawab atas perkara yang tidak dingini yang berlaku akibat mencontohi info yang diberi.

Merokok

Hukum merokok bg orang Islam



Celcom Broadband Terbaik

Ramai yg x akan bersetuju dgn tajuk untuk post aku ni. Sbb dah ramai yg mengadu kat forum-forum dan juga ada aku jumpa orang dok maki hamun celcom broadband kat youtube. Cam biasa perkara yg selalu dibangkitkan adalah kelajuan untuk upload dan download. Kat sini aku nak tunjuk bukti sbb apa aku kata celcom broadband ni terbaik. Walaupun aku guna (pinjam akak akunye) yg rm68 nye pakej tapi aku agak berpuashati la.

meh tgk gambar. aku guna kamera henfon sbb aku x tau camne nak wat yg cam org lain wat.
sori ek aku bukan pakar IT atau photoshop ntahapekebende.


haha..sebenornye saje je nak bg anda sume menyirap dgn tajuk tu. dan sebenarnya aku pon nyampah ngan celcom broadband ni. korg tgk la berapa speed yg aku dpt untuk download. tu tgh download gambor tu.


ni lak dianye user interface. korg tgk average speed yg aku dpt.


HSDPA= high-speed downlink packet access = jalan daa



even aku nak bukak web blogger ni pon hampeh. punye la lembab. aku klik kt button refresh ade la dkt 20 kali.

ni kan kalo call customer services aku bole konfem die akan kate tgh upgrade system utk tempoh tertentu. pastu ckp download speed are on best effort. padahal mmg camni. masuk bulan November ni adalah bersamaan 5 bulan guna celcom broadband nih. 3-4 bulan pertama kira ok la walaupun janji die download up to 100kbps tp paling tinggi aku penah dpt ialah 47kbps. haha amacam mau x membara jiwa lara.

jadi kalo masih ada yg berhajat menggunakan servis ini disilakan. tp aku rase lebih baik korang tunggu tahun 2010 ni sbb gomen pun da berhajat nak upgrade system diorg kpd 10mbps. sekarang x tau lak aku berapa. dan aku berharap makin banyak syarikat-syarikat pembekal broadband akan muncul untuk memecah monopoli syarikat yg sedia ada dan menyediakan perkhidmatan yg lebih baik dan yg paling penting ia murah.

Sekian,
Terima Kasih.

Gadis Jingga Di Awan

Semalam dlm cite Awan Dania ade sorang FA ni sebok berblogging. Dok cite hal kt tmpt keje. Sekali blog die leh kantoi sampai ke management firefly. Konon2 ni management betul la. Dalam blog tu lak ade kutuk bos kt tmpt keje die. Ape lagi senior FA si safura (sape ntah nama betul die tp yg aku tau die exwife eddie lentok) tu suruh la dak2 opis tu carik sapa empunya blog tu yg kononnya boleh menjatuhkan imej kompeni. Tah cemane diorg leh carik pon aku xtau. Konon hebat la bole jumpe. Kaji punya kaji sekali FA die daa. Abih la FA tu kene panggil ngan safura tu terus la terjadi soaljawab. Dan tetiba je si FA blogger tu keluar dr opis sambil mengalirkan air idung. Sbb aku nampak idung die je berair, mata xde air pun. Dan safura pun tetiba sedih sambil call kwn die tah sape namanya jgn tanye eh nak ajak jumpe sbb she needs someone to talk to.

Dan baru jap td aku carik la blog dak gadis jingga tu. aku ingatkan tetipu je rupenye blog tu mmg ade la. dan yg paling lucu sekali ada followers. ramai lak tu. rase cam x berakal lak diorg ni. tu kan blog untuk cerita tu je. last update pon bulan oktober lepas dan ade 4 post je. komen jgn ckp la. beratus. sungguh org melayu ni mudah terpedaya. ape kaitan nye korg pikir le sendiri ye.

Ada yg nak tgk ke blog tu? nih tgk kt sini gadis-jingga.blogspot.com

Perodua MPV yg bakal dilancarkan?

**aku terpakse edit post ni sbb gambor x bole load..mungkin ade beberapa hal yg menyebabkan bende ni terjadi..aku akan cube lain kali**
kaler putih mmg superb!

kaler gelap ade gak..

gegel lutot tgk weh..sama-sama kita nantikan..mudah-mudahan la

Panaskan enjin kereta, perlu atau tidak?

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top. Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni? Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah? The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya.. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja. Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya. Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%. Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat. Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan. Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar? Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)? Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup. Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global. Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

letih

arini da masuk 08/08/2009. aku da makin bosan dgn keje aku sekarang. projek semakin belambak tp gaji dok lagu tu gak. asik suruh ot je. kalo ot sejam rm15 bole la gak. ni alahai ciput je. kelmarin da dipanggil tuk briefing psl cuti raya. tp seblom tu die dok cite psl working hour masa time pose. sebelom ni keje dr kul 8.45 ke 6.15 dgn lunch sejam. tp masa pose keje xde rehat tengahari dan balik kul 5.45. such a stupid manager. die ingat kite ni robot with artificial intelligent ke. die ca ya nun alip bole la x pose. siap kata "working with 98% melayu always happen like this, i help u and u help me". bapak die. pastu cuti raya pulak kene bahagikan kpd 2 team yg cuti awal dan cuti kemudian. rasa cam dolu2 masa keje kat jusco. hek eleh ingat aku heran gaknye nak keje kt situ. aku keje kt situ pun sbb da xde pilihan dan memandangkan raya nak dekat. aku telah wat keputusan tidak akan sambung kontrak yg akan tamat pd 16 september ni. lagi beberapa hari je nak raya. biar padan muka diorang yg bodo itu xde sape yg tinggal. lg sorang yg satu dept pun akan berhenti masa 31 ogos ni. biar dia tau rasa. haha

p/s: nnt aku cite ape keje aku yg sebenornye dan kenape aku x puas hati dgn dept lain di episod akan datang.

menyirap darah

arini masuk ari ke 4 aku mc sbb sakit mata. aritu sebelah kiri skarang ni da belah kanan plak. sedang aku bersiap2 ke tempat kerja pg tadi, aku terlihat mata sebelah kanan ni merah semacam. lebih merah dari biasa aku bangun tido. barula aku perasan da sebelah kanan plak yg sakit. bila aku kira semula tolak campur ari aku keje campur ot aku dpt la cover tuk 4 ari mc ni. kira mcm x ot ngan x mc la sama je gaji aku bulan ni. payroll period lak sampai 20 aribulan. jadi ade lg 2 ari tuk aku ot tuk cover lebih sket. kalo ade ot la. esok cemane pon aku nak keje gak x kira la diorang nak halau aku ke hape. biar kali ni satu opis bejangkit dr aku. hahaha tunggu revenge of the sore eyes.

Proof of Evidence

di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menunjukkan beberapa bukti yg saya terima mengenai penyakit mata yg semakin menular dewasa ini. Adalah dinasihatkan bahawasanya bagi ibu-ibu yg mengandung, pesakit lemah jantung, migrain, sawan babi, resdung, selsema burung dan babi, meningitis, barah otak dan acquire immuno defecency syndrom supaya mendapatkan teman sebelom melihat gambar ini. penulis tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

x best

arini dengan rasminye aku demam. x ingat lak aku bile kali terakhir aku demam. tapi agak lama gakla. tp ade satu yg x best nye bile aku rase mata belah kiri ni cam gatal2 dan merah sikit. ni mesti bejangkit dengan member aku. die duk sebelah aku kat opis. aku penah tgk kat cite bersiri House tu yg penyakit yg dikatakan berjangkit ni sebenarnye semua dlm minda kita. bile kita pikirkan sgt yg kita akan kene jangkitan tu secara automatiknye kita boleh terkene jangkitan tu. tapi bila kita x pikirkan sgt dan buat x tau je mesti kita x kene. situasi ini dinamakan 'Mind Over Body'. dan mungkin aku terlalu kerap memikirkan yg aku akan terkene jangkitan nye dan sekarang ni akibatnye mata aku merah. kalau menjelang tengahari ni kemerahan ni x hilang, secara automatiknye jugak aku akan amik mc pd hari isnin ni sbb aku kalau sakit mata paling kurang 3-4 hari. mc x bergaji lak tu. adeii...

Kejayaan Berjangkit

oleh Dr. Irfan Khairi

Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung pada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita? Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita? Contacts kita dan sebagainya!

Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa mat salleh berbunyi "If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys".

Mastermind group

Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan "Mastermind' tersendiri yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya. Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran dupaya sama-sama mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing. Sering kali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil oleh kerana menggunakan konsep "kejayan berjangkit ini".

Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.

Success breeds success

Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins "Success Breeds Success", bererti, apabila seseorang mencapai kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!

Mengapa kah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana apabila melakukan sesuatu yang menjadi , seperti mencapai kejayaan, pastinya seseorang itu akan mengulang melakukan perkara yang sama.

Apabila seseorang itu mencaapi kejayaan, keyakinan diri juga akan bertambah. Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum kepada seseorang itu untuk meneruskan dang mengulangi kejayaan yang dikecapi.

Siapakah role-model anda?

Ketika saya masih menuntut, antara role model saya adalah Michael Dell. Yang merupakan seorang jutawan IT. Dengan mendalami strategi perniagaan dan prinsip Michael Dell, ia memberi motivasi kepada diri saya sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dilakukannya.

Untuk berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau membina sesuatu sistem canggih serba baru. Untuk berjaya, kita hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan, dan kita juga akan turut capai kejayaan. Semestinya dalam konteks ini juga, kejayaan adalah berjangkit!

Kegagalan juga berjangkit!

Semestinya kejayaan adalah berjangkit. Tetapi, bagaimana pula dengan kegagalan!?

Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit!

Flock with the Turkeys

Sekiranya peribahasa berbunyi "If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys", maka, pastinya kita perlu cuba jauhkan daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan diri kita daripada mereka yang sering berfikir negatif kerana ianya juga berjangkit.

Sekiranya di kalangan teman-teman kita, terdapat mereka yang sering berfikir negatif dan sering menjatuhkan semangat kita- ia adalah satu racun yang amat berbahaya.

Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit berbanding dengan perasaan positif. Ianya tidak memerlukan usaha yang banyak untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.

Dengan sering mendampingi mereka yang sering berfikiran negatif, sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan terjangkit kepada kita! Sudah jatuh, ditimpa tangga pula

Kejayaan, akan membuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga sering di susuli dengan kegagalan. Mengapa pula ini terjadi?

Sering kali sesuatu kegagalan akan menjatuh kan semangat dan juga keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu-ragu dan fikiran negatif mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui dan momentum juga akan terganggu.

Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Sudah jatuh ditimpa tangga pula, adalah tanda tanda mendapat jangkitan daripada kegagalan!

Silap memilih role-model!

Dalam memilih role model juga perlu berhati-hati. Sekiranya tersilap pilih, maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap.

Sebagai contoh, mempunyai role model yang berjaya dalam perniagaan, tetapi, dalam hidup sering berfoya-foya dan hidup terumbang ambing bersama keluarga, hanya akan memberi gambaran negatif kepada kita.

Mempunyai role-model yang berjaya dalam hidup, tetapi seorang kaki minum dan kaki perempuan juga memberi tanggapan negatif kepada kita tentang erti sebenar kejayaan.

Seperti yang dikatakan, kita akan menjadi seperti role model kita.

Tersalah pilih role model, pastinya kesilapan tersebut akan terjangkit pada kita pula.

Salah seorang role model saya ketika muda dahulu adalah Curt Cobain (penyanyi kumpulan Nirvana). Pasti anda pernah dengar namanya. Saya menyukai nya kerana passion dan usaha yang dimiliki dalam bidang muzik. Namun begitu, apabila mendalami hidupnya yang terumbang-ambing dan sering dalam tekanan mengambil dadah, maka, Curt Cobain menjadi role-model yang tidak baik.

Ramai remaja zaman ini terjerat dalam pelbagai masalah sosial kerana mempunyai role-model yang salah. Ini adalah contoh jangkitan kegagalan yang paling ketara.

Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hukum alam, apa sahaja di dunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit. Pilihannya di tangan kita sendiri sama ada kita ingin memilih jangkitan kejayaan, ataupun kegagalan. Harapan saya, pilih lah yang pertama!

terbaik

tonton...dengar...faham...fikir...

Apa nak jadik gaknye

1 April haritu aku ada temuduga kat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kat Putrajaya. Temuduga untuk Pegawai Perkhidmatan Pelanggan. Aku bukan nak cerita tentang temuduga tu tapi pasal gambar2 kat bawah ni. Semua gambar ni aku amik kat bus stand depan bangunan SPA tu. Apa nak jadi ngan orang negara ni aku pun tak tau. Buang sampah asal boleh je. Plastik jajan merata ngan kotak rokok lagi. Kata bangang kang marah lak. Ni la yg orang kata mentaliti kelas ketiga tapi nak kemudahan kelas pertama.



Siap ada lak hah yg selit kotak rokok kat celah kerusi panjang tu



padahal tong sampah yg disediakan tak sampai pun 5 meter dari bus stand tu



ntah le apa lg yg boleh dibuat untuk mengajar org2 negara ni cara menjaga kebersihan.
Kalau longkang tersumbat ke air parit tak mengalir ke pandai lak kata PBT tak buat kerja.
Tapi diri sendiri tak reti nak sama2 jaga kebersihan.
Lantak korang lah.

Nuffnang or Adsense?

Pada awalnya aku memutuskan untuk memilih Google Adsense untuk diletakkan ke dalam blog aku ni.
Tapi selepas beberapa cubaan untuk memasang kod adsense ke dlm blog ini gagal, walaupun selepas menonton tutorial video yg disediakan. Kemudian aku memilih nuffnang sebagai cubaan yg ke 2 untuk memasang iklan di blog ni. Tanpa ilmu yg mencukupi sebab aku malas nak surf ke mana-mana website untuk belajar pasal bende ni, aku cuba juga paste kan kod nuffnang melalui sistem 'try & error'. Berapa kali error message yg keluar jgn la tanya. Dan akhirnya walla tersergam indah kat belah atas tu. Lepas ni aku nak pasang kod utk skycraper lak. Bilakah masanya? Tunggu je la sebab aku jarang online.

Moral of the story- banyakkan la membaca & melayari web yg berkaitan.

Kelebihan Berselawat ke atas Junjungan Besar Muhammad saw

Selalu kita dengar - di ceramah-ceramah agama (bukan ceramah politik), di kaca TV selepas subuh, di radio (terutama IKIM) - mengingatkan kita tentang betapa pentingnya selawat. Penceramah sendiri pun selalu berselawat ketika hendak memulakan dan mengakhiri ceramahnya. Begitu juga dengan guru agama - berselawat di permulaan dan penghujung sesi pengajarannya..
Apakah pentingnya selawat? Kenapa semua orang berselawat? Mari kita sama-sama selidik kebesaran selawat ini.

Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)

1. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
2. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
3. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
4. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
5. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
6. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
7. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
8. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
9. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
10. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
11. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
12. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
13. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
14. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
15. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
16. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
17. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
18. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
19. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
20. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
21. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
21. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
22. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
23. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
24. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
25. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
26. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
27. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.
28. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani

Demikianlah betapa banyaknya ganjaran bagi orang-orang yang berselawat. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, insya-Allah.
Wallahu a'lam.

Ironinya ketika aku membaca artikel ini, aku sedang mendengar lagu2 kumpulan Search. Malu sendiri aku.