Pages

Kejayaan Berjangkit

oleh Dr. Irfan Khairi

Pernah saya sebutkan (berulang kali) 84% kejayaan kita bergantung pada mereka yang berada di sekeliling kita. Siapa kenalan kita? Siapa teman sekerja kita? Siapa boss kita? Siapa keluarga kita? Contacts kita dan sebagainya!

Kejayaan berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang-orang yang berjaya dan berfikiran positif, kita juga akan mudah untuk mencapai kejayaan. Pepatah bahasa mat salleh berbunyi "If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys".

Mastermind group

Menurut buku Think and Grow Rich oleh Napolean Hill, satu strategi untuk berjaya adalah dengan mempunyai satu kumpulan "Mastermind' tersendiri yang terdiri daripada kenalan-kenalan yang berjaya. Kumpulan ini sering berjumpa dan bertukar fikiran dupaya sama-sama mendapat motivasi, semangat dan juga strategi kejayaan masing-masing. Sering kali strategi Mastermind group ini akan membuahkan hasil oleh kerana menggunakan konsep "kejayan berjangkit ini".

Dampingkan diri dengan kejayaan. Dengan sering berdampingan dengan kumpulan orang yang berjaya, tiada sebab anda tidak boleh berjaya.

Success breeds success

Istilah yang sering digunakan oleh pakar motivasi Anthony Robins "Success Breeds Success", bererti, apabila seseorang mencapai kejayaan, ianya lebih mudah untuk mencapai lebih banyak kejayaan yang mendatang. Satu kejayaan akan sering disusuli oleh kejayaan yang lain. Sememangnya kejayaan berjangkit!

Mengapa kah ini berlaku? Ianya merupakan tabiat manusia, kerana apabila melakukan sesuatu yang menjadi , seperti mencapai kejayaan, pastinya seseorang itu akan mengulang melakukan perkara yang sama.

Apabila seseorang itu mencaapi kejayaan, keyakinan diri juga akan bertambah. Bila keyakinan bertambah, di situ akan memberi momentum kepada seseorang itu untuk meneruskan dang mengulangi kejayaan yang dikecapi.

Siapakah role-model anda?

Ketika saya masih menuntut, antara role model saya adalah Michael Dell. Yang merupakan seorang jutawan IT. Dengan mendalami strategi perniagaan dan prinsip Michael Dell, ia memberi motivasi kepada diri saya sendiri untuk mengaplikasikan apa yang dilakukannya.

Untuk berjaya, kita tidak perlu mencipta sesuatu yang baru atau membina sesuatu sistem canggih serba baru. Untuk berjaya, kita hanya perlu melakukan apa yang orang berjaya lakukan, dan kita juga akan turut capai kejayaan. Semestinya dalam konteks ini juga, kejayaan adalah berjangkit!

Kegagalan juga berjangkit!

Semestinya kejayaan adalah berjangkit. Tetapi, bagaimana pula dengan kegagalan!?

Berita buruknya, kegagalan juga adalah berjangkit!

Flock with the Turkeys

Sekiranya peribahasa berbunyi "If you want to soar with the eagles, you must not flock with the turkeys", maka, pastinya kita perlu cuba jauhkan daripada kumpulan yang sering gagal. Jauhkan diri kita daripada mereka yang sering berfikir negatif kerana ianya juga berjangkit.

Sekiranya di kalangan teman-teman kita, terdapat mereka yang sering berfikir negatif dan sering menjatuhkan semangat kita- ia adalah satu racun yang amat berbahaya.

Perasaan negatif adalah lebih mudah untuk berjangkit berbanding dengan perasaan positif. Ianya tidak memerlukan usaha yang banyak untuk menjatuhkan keyakinan diri seseorang itu. Tetapi, memerlukan usaha yang amat besar untuk membina keyakinan.

Dengan sering mendampingi mereka yang sering berfikiran negatif, sering menjatuhkan semangat kita, pastinya kegagalan pula akan terjangkit kepada kita! Sudah jatuh, ditimpa tangga pula

Kejayaan, akan membuahkan lagi kejayaan. Kegagalan juga sering di susuli dengan kegagalan. Mengapa pula ini terjadi?

Sering kali sesuatu kegagalan akan menjatuh kan semangat dan juga keyakinan diri seseorang. Perasaan ragu-ragu dan fikiran negatif mula menular dalam diri sendiri. Rasa tidak yakin akan menghantui dan momentum juga akan terganggu.

Dengan ini, apa sahaja yang dibuat pastinya tidak menjadi. Sudah jatuh ditimpa tangga pula, adalah tanda tanda mendapat jangkitan daripada kegagalan!

Silap memilih role-model!

Dalam memilih role model juga perlu berhati-hati. Sekiranya tersilap pilih, maka, kita juga akan mengikut contoh yang silap.

Sebagai contoh, mempunyai role model yang berjaya dalam perniagaan, tetapi, dalam hidup sering berfoya-foya dan hidup terumbang ambing bersama keluarga, hanya akan memberi gambaran negatif kepada kita.

Mempunyai role-model yang berjaya dalam hidup, tetapi seorang kaki minum dan kaki perempuan juga memberi tanggapan negatif kepada kita tentang erti sebenar kejayaan.

Seperti yang dikatakan, kita akan menjadi seperti role model kita.

Tersalah pilih role model, pastinya kesilapan tersebut akan terjangkit pada kita pula.

Salah seorang role model saya ketika muda dahulu adalah Curt Cobain (penyanyi kumpulan Nirvana). Pasti anda pernah dengar namanya. Saya menyukai nya kerana passion dan usaha yang dimiliki dalam bidang muzik. Namun begitu, apabila mendalami hidupnya yang terumbang-ambing dan sering dalam tekanan mengambil dadah, maka, Curt Cobain menjadi role-model yang tidak baik.

Ramai remaja zaman ini terjerat dalam pelbagai masalah sosial kerana mempunyai role-model yang salah. Ini adalah contoh jangkitan kegagalan yang paling ketara.

Sememangnya kejayaan berjangkit, tetapi hukum alam, apa sahaja di dunia ini adalah berpasangan. Kegagalan juga berjangkit. Pilihannya di tangan kita sendiri sama ada kita ingin memilih jangkitan kejayaan, ataupun kegagalan. Harapan saya, pilih lah yang pertama!

No comments: