Mimpi

Tidur di waktu siang ni kadang kadang serupa jilake jugak dia punya mimpi.

Patut ke aku mimpi pergi kenduri kahwin dan masa kenduri tu aku makan kue tiau goreng kicap?

Cuba terangkan sikit..

Makan malam

Malam tadi aku bawak ibu ayah aku makan kat kedai mamak.

Bila mamak tu nak amek order aku;
Mamak : makan apa bang?
Aku : mi goreng satu ye.
Mamak : (mi goreng) melayu ke mamak?
Aku : mamak la. (dalam hati aku.. kalau mintak melayu pun mamak jugak yang masak nanti)

Makan Mahal ke?

Aku ni jenis jarang makan tengahari. Hari ni boleh pulak terasa nak makan. Aku gi kedai mamak pekena nasi kandar lauk ikan. Bahagian ekor memang peberet aku la kan.

Time makan ane tu letak bil atas meja. Aku buat derk.

Dah habis makan nak gi basuh tangan aku tengok bil dulu. Hambek kau nasik lauk ikan dengan sayur kobis sampai rm11. Campur air suam doposen.

Tekene aku.
sesudah kekenyangan

Percubaan pertama

Aku post ni dari apps blogger yang baru aku install kat henfon.

Kita tengok hasilnye macamane nanti. Kalau menjadi aku terus guna. Kalau tak menjadi aku akan uninstall menatang ni.

Tunggu ye.