Pages

aku lupa lagi

sebenarnya seminggu dua ni aku ada banyak benda nak cerita. jadi dengan rajin dan semangat berkobar kobar aku pergi beli topup untuk aktifkan simkad broadband.

tapi bila aku dah mengadap skrin compose new post ni.. aku jadi blur.

satu hape pun aku tak ingat nak cerita. last last ni je la yang aku mampu tuliskan.

aku dah cuba sedaya upaya untuk tidak minum air yang mengandungi bangkai semut. tapi apakan daya otak aku tak mampu nak ingat semua.

nampaknya kene standby pen dan kertas. bila ilham sampai je terus tulis. amacam stail tak? stail tu memang stail (jawab sendiri). tapi masa tertentu je ilham ni sampai. antaranya ialah waktu makan, dalam jamban dan masa tengah solat. nampak sangat solat tak khusyuk.

nanti lah bila dah teringat semula nanti ada la pengisian blog ni dengan benda yang lebih terampil dan berfaedah.

sekian. Wassalam.

blog aku dalam blog nizam sani

keh keh keh..

saja aku nak tengok kalau kalau blog aku ni muncul dalam list teratas kat blog encik nizam sani.

bukan senang nak tengok blog aku keluar dalam blog orang lain yang diletakkan sendiri oleh tuan blog.

biasanya aku yang letak sendiri link blog aku kat blog orang lain.

takpe kita tengok.

kalau ada, kira ada lah.

kalau takde kira memang blog aku ni tahap lembab macam bos aku.

sekian terima kasih.

Tazkirah Malam Ramadhan ke 26

habis tarawih 4 rakaat sambung tazkirah pulak. aku duduk bersila kejap kejap.

sambil dengar pakcik di sebelah bersungguh sungguh komplen pasal kempen selamatkan orang Islam di sabah dan sarawak.
hati aku berkata "muntah darah pakcik ni karang"



"Assalamualaikum".



tazkirah bermula.



*pungpangpungpang*  "Majalah Mangga.."  *pungpangpungpang*  "majlis fatwa.." *pungpangpungpang*  "tuan tuan.. *pungpangpungpang*  "Utusan Meloya.." *pungpangpungpang*  "Sinar Hairan..*pungpangpungpang*  "tuan tuan.."  *pungpangpungpang*



aku bangun berjalan ke depan masjid pergi bayar fitrah. lepas tu aku duduk semula kat tempat tadi.



*pungpangpungpang*  "Majalah Mangga..*pungpangpungpang*  "tuan tuan.." *pungpangpungpang*  "majlis fatwa.."  *pungpangpungpang*  "Utusan Meloya.." *pungpangpungpang*  "Sinar Hairan.."  *pungpangpungpang*  "tuan tuan.." *pungpangpungpang*



aku bangun lagi pergi ke tandas. kencing. pergi ambik wuduk lepas tu duduk semula.



*pungpangpungpang*  "tuan tuan.."  *pungpangpungpang*  "Majalah Mangga.." *pungpangpungpang*  "Allah berfirman dalam hadis nabi..*pungpangpungpang*  "Utusan Meloya.."  *pungpangpungpang*  "Sinar Hairan.."  *pungpangpungpang*  "tuan tuan.." *pungpangpungpang*  "mohon sumbangan.."  *pungpangpungpang*



dah habis tazkirah sambung semula tarawih lagi 4 rakaat lepas tu witir 3 rakaat. aku dok memikir, amende yang dia sampaikan masa tazkirah tadi ye.

Tamak

bila aku sendiri bukak blog ni guna alamat di atas. yang paling ketara aku nampak bila blog ni dah load penuh ialah lambakan iklan iklan nuffnang yang ada di atas, kanan dan di tengah post. aku sendiri rasa rimas dan  malas nak tengok.

tidak cukup dengan itu ditambah pula dengan penuhnya iklan daripada adsense.

adakah aku yang tamak.

Pagi Jumaat Yang Pelik

hari ni aku dah buat satu benda yang agak pelik. aku suka tengok video blog atau pun istilahnya vlog kat youtube. aku lagi suka guna earphone daripada pasang speaker bila tengok video ni. masa tengah tengok video kat youtube tadi tiba tiba ada orang call mintak kabel internet. aku pause kan video dan terus ambik kabel internet tu dan campak ke luar tingkap. sebab orang yang mintak tu tunggu kat luar tingkap.

lepas settle semua tu aku pun terus la duduk. ingat nak sambung tengok la video yang dah di pause kan tadi. tapi mungkin tangan dengan otak aku tak seiring kut. aku duduk kat tempat aku tu ingat nak pasang la semula earphone kat telinga. tapi tangan aku boleh pulak pergi angkat telefon letak kat telinga. dan tangan kanan ni dah ready kat tetikus nak tekan play. lepas tu aku terdiam sekejap.

fuhh. mujur masa tu takde orang kat sekeliling. kalau tidak mau aku hantar surat resign hari ni jugak. aku letak gagang telefon kemudian pura pura macam baru lepas jawab call. perlahan aku angkat earphone pasang semula kat telinga. sambung semula video tadi.

itulah dia cerita pagi jumaat. sekian.

Chatbox dah tukar

selepas hampir 4 bulan aku biarkan kosong ruangan chatbox ni, hari ni aku dah letakkan satu chatbox yang baru.  bukan apa, saje je nak bagi orang yang datang sini untuk sembang sembang.  macam sunyi pulak blog aku ni tengok xde tempat nak berborak. 


walaupun berborak tu hanya kat kedai mamak je yang paling sesuai dan kelihatan ranggi.  macam bebudak Uitm shah alam tu.  lepak ramai ramai kat kedai mamak hakeem sampai larut malam buang duit ptptn dengan main ipad dan galaxy tab baru.  nampak cool dan bergaya di samping suasana yang bingit dengan pekerja mamak tu berbual sesama sendiri nampak macam bergaduh.  tapi aku tau hati diorang suci dan murni.


entah hape aku merepek pun aku tak tau.  makan ubat batuk memang membuat otak bergerak cergas dengan corak pemikiran ala ala albert einstein yahudi.  walaupun aku tak kenal sape albert einstein tu tapi aku tau dia xde la sebijak mana pun.  orang orang keliling dia je yang melebih lebih.


ahh sudah la. makin lama makin jauh aku menyimpang.


nanti nanti la aku menaip lagi.

ayam dan babi

aku tengok banyak gak orang cerita pasal blog ayam dan babi tu.

dulu aku pun layan gak blog tu. lukisan dia takde la cantik sangat. macam kain buruk je.

tapi sekarang aku dah malas nak layan. naik menyampah pulak.

sebab blog tu dah memang betul betul macam babi.

Kene tukar chatbox

Semenjak bermulanya tahun baru 2012 ni, shoutmix telah pun memulakan perancangan mereka untuk mengenakan bayaran ke atas penggunaan kotak shoutmix itu sendiri. diorang kata kos semakin tinggi jadi terpaksa mengenakan bayaran.

diorang ingat ada satu je kotak chat kat atas muka bumi ni. banyak lagi yang free la.

jadi atas dasar rasa malas aku untuk menukar nye kepada kotak chat yang baru, aku rasa biarlah dulu kosong kat ruangan chatbox tu. kalau ada pape hal seperti nak blogwalking ke, nak ziarah ke, kalau nak tinggalkan kesan kedatangan anda ke blog aku ni boleh la penuhkan ruangan komen yang ada kat sini.

jangan malu dan jangan segan. aku tak mengenakan sebarang bayaran ke atas penggunaan ruangan komen ni macam shoutmix tu.

sekian buat waktu ini. majulah harimau malaya untuk negara.

Azam tahun baru 2012

Selamat tinggal tahun 2011.

Selamat datang tahun baru 2012.

Tahun yang dikatakan akan terjadinya kiamat oleh puak mayan.

Apa azam tahun baru korang semua? yang tahun lepas punya azam dah tercapai ke belum?

Buat lah apa yang korang rasa nak buat.

Ada yang bertanya. Apa pulak azam aku tahun 2012 ni?

ahh malas lah nak pikir. yang lepas lepas pun tak setel lagi.