Pagi Jumaat Yang Pelik

hari ni aku dah buat satu benda yang agak pelik. aku suka tengok video blog atau pun istilahnya vlog kat youtube. aku lagi suka guna earphone daripada pasang speaker bila tengok video ni. masa tengah tengok video kat youtube tadi tiba tiba ada orang call mintak kabel internet. aku pause kan video dan terus ambik kabel internet tu dan campak ke luar tingkap. sebab orang yang mintak tu tunggu kat luar tingkap.

lepas settle semua tu aku pun terus la duduk. ingat nak sambung tengok la video yang dah di pause kan tadi. tapi mungkin tangan dengan otak aku tak seiring kut. aku duduk kat tempat aku tu ingat nak pasang la semula earphone kat telinga. tapi tangan aku boleh pulak pergi angkat telefon letak kat telinga. dan tangan kanan ni dah ready kat tetikus nak tekan play. lepas tu aku terdiam sekejap.

fuhh. mujur masa tu takde orang kat sekeliling. kalau tidak mau aku hantar surat resign hari ni jugak. aku letak gagang telefon kemudian pura pura macam baru lepas jawab call. perlahan aku angkat earphone pasang semula kat telinga. sambung semula video tadi.

itulah dia cerita pagi jumaat. sekian.

No comments: