aku lupa lagi

sebenarnya seminggu dua ni aku ada banyak benda nak cerita. jadi dengan rajin dan semangat berkobar kobar aku pergi beli topup untuk aktifkan simkad broadband.

tapi bila aku dah mengadap skrin compose new post ni.. aku jadi blur.

satu hape pun aku tak ingat nak cerita. last last ni je la yang aku mampu tuliskan.

aku dah cuba sedaya upaya untuk tidak minum air yang mengandungi bangkai semut. tapi apakan daya otak aku tak mampu nak ingat semua.

nampaknya kene standby pen dan kertas. bila ilham sampai je terus tulis. amacam stail tak? stail tu memang stail (jawab sendiri). tapi masa tertentu je ilham ni sampai. antaranya ialah waktu makan, dalam jamban dan masa tengah solat. nampak sangat solat tak khusyuk.

nanti lah bila dah teringat semula nanti ada la pengisian blog ni dengan benda yang lebih terampil dan berfaedah.

sekian. Wassalam.

2 comments:

smbotak said...

kadang bila aku teringat satu benda yang nak tulis kat blog, aku save dulu note dalam handphone...

zulhilmi said...

ni baru install apps blogger. lepas ni boleh terus post agaknye. hehe.