Kebengkakan.

Hari tu mata aku tetiba je bengkak betul-betul lepas solat maghrib. Memang tak boleh tahan rasa pedih. Dalam masa yang sama aku sakit perut. Cuba bayangkan sambil menahan sakit kat mata tu aku boleh dok mencangkung lak. Dan dalam masa yang sama jugak hidung aku pedih sampai susah nak bernafas sambil bersin yang berulang-ulang tanpa henti. Tekak perit dan berlendir jangan cakap la tah berapa kali aku berkahak dan meludah. Situasi yang tak pernah aku rasa sebelum ni. Sesudah aku keluar dari toilet mak dan akak aku tengok aku dalam keadaan terperanjat.

 masa memula kena

Banyak cerita takde aku terus pergi klinik naik motor. Doktor kata aku alergik. Pelik gak ar. Seumur hidup tak pernah ada alergik pada benda kat sekeliling aku ni.

lepas sejam makin bengkak

Hambek kau hobat. Aku kene injek kat bontot. Doktor kata tu untuk alergik. Tapi yang best nye doktor tu kagum aku masih boleh bawak motor dalam keadaan macam tu. Dia tak tau bagai nak gila menahan sakit pastu dengan silau lagi. Aku bawak balik ubat 3 jenis. Total RM38.

lepas 12jam

Ubat yang doktor tu injek kat aku boleh menyebabkan mengantuk. Dalam 2-3 jam aku mula rasa mengantuk. Tidur tak ingat apa dah. Tapi bagus gak ubat yang doktor tu bagi. Dalam masa 12 jam boleh surut bengkak tu. Sakit pun dah makin kurang.

lepas 24jam

Cukup 24 jam dah kurang rasa pedih kat mata. Cuma rasa kurang selesa sebab masih bengkak. Hidung ngan tekak pun dah ok. Dalam masa 2 hari semua hilang. Bengkak takde sakit pun dah takde.


No comments: