Pages

Apa nak jadi la agaknya..

Ahad minggu lepas dalam pukul 2 petang, ibu aku ajak pergi kedai jual barang barang membuat kuih raya. dah jadi resam setiap tahun ibu aku akan buat kuih raya yang beliau sahaja tau membuatnya. sebab apa beliau je yang tau adalah kerana aku tak pernah nak ambik tau cara membuatnya.

Setelah sampai di kedai tersebut aku nampak memang ramai manusia kat dalam tu. agaknya semua jenis suka buat kuih sendiri kot. aku pon tolong la usha beberapa jenis tepung dan tak dilupa usha makwe makwe kat dalam tu. tapi malang nya marjerin planta seberat 1.5kg takde stok masa tu. kalau takde barang tu memang tak siap la kuih raya. tak dapat la aku makan kuih raya. ibu aku membuat keputusan untuk mencarinya di tesco shah alam pulak.

Sesampai di tesco shah alam, manusia memang dah ramai. usaha mencari dan menyelamatkan marjerin planta 1.5kg mula dijalankan. seluruh pelusuk alam tesco aku jelajah. tapi tidak termasuk bahagian pakaian dalam dan bahagian baju wanita. tapi yang membuatkan aku pelik adalah takde sorang pun makwe cun kat situ. apa yang dah berlaku. ke mana mereka pergi sebenarnya.

usaha telah gagal. marjerin planta 1.5kg masih tidak dijumpai.

plan C telah dirancang. kami akan bergegas ke giant seksyen 7.

sesampai di sana. keadaan agak lengang. tidak seperti di tesco. orang shah alam suka shopping kat tesco agaknya. berpusing pusing la aku dan ibuku kat dalam tu semata mata mencari marjerin planta 1.5kg. mungkin rezeki nak buat kuih raya memang kuat, ada jugak marjerin planta 1.5kg dijual kat giant. sekali lagi, aku mendapati kurangnya makwe makwe di situ. ah lantak lah. seusai bayar kami pun pulang. tetapi singgah sebentar ke kedai mamak berhampiran untuk membeli mi goreng mamak. ayah aku mengidam pulak.

mengambil kira masa dan jarak perjalan kami tadi, sampai di rumah dalam pukul enam setengah. aku masuk ke bilik dan bersiap untuk menunaikan solat asar.

aku bukak tshirt biru gambar setan yang ada di badan. aku bukak pulak tali pinggang dan butang seluar. lancar.


tetapi.. ciss.. ciss.. dan ciss..


agaknya daripada keluar rumah tadi seluar aku tak berzip.
haramjadah.

No comments: