Pages

Hari Ulangtahun Kelahiran Bonda

pada 28 Julai aritu famili aku ada buat majlis skit untuk sambut besday ibuku. takde la besar sangat majlisnye setakat kumpul famili aku je. macam ni la tiap tahun sebab dah tak terasa nak buat majlis besar2. tak kira la harijadi sape pon. lagi sikit lagi meriah kot. kalau ramai2 dah nak kene hidang makanan banyak2 pulak. dah satu hal kene keluar kos lagi. 


kek telah disponsor oleh cik dayah. beliau ni nak kata rapat ngan famili aku tu takde la jugak. yang buatkan dia ni macam attach dengan famili kami adalah sebab arwah abang aku dulu mungkin minat kat dia ni tapi tak berkesempatan nak berkawan. sebab Allah lebih sayang dia. dia eksiden dan meninggal di hospital. kira macam cik dayah ni menantu tak jadi la. hehe..


sambung cite balik. main dishes pada malam itu adalah pizza hut. sedap tu memang la sedap tapi dah sejuk kan. boleh tahan gak la liatnye. dapat lak piza yang baru tu yang ada bebola daging. peh memang best. yang buat air mata aku nak meleleh malam tu sebab makan dapat chicken wing. memang lazat la. lama dah aku nak carik chicken wing yang ada rasa smocky je. cam kat dalam rancangan Man vs Food kat astro 707. peh meleleh. pasor lambaknye chicken wing ade gak rasa smocky tapi asap dari bara arang tu. baik aku kunyah je arang tu. gambor chicken wing tak sempat snap lak sebab dah sebok makan.


aku dua tiga menjak ni kalau bab makan ada macam cerewet sikit. ni lagi la bulan posa. tah cemana akunye cerewet tu nanti. samada aku akan makan banyak atau pon sekadar makan buah kurma je. tengok la nanti.

No comments: