Pages

Minggu Lepas

Pada hari Selasa minggu lepas keluarga aku menerima panggilan dari jiran lama yang mengatakan emak beliau sudah tidak bercakap dan tidak lagi kenal sesiapa. Emak beliau memang sudah lama sakit. Ayah, ibu dan aku bergegas ke rumah jiran lama yang jauhnya sekitar 5 minit menaiki motor. Setiba aku di sana kelihatan sebahagian saudara mara mereka sudah berkumpul. Aku masuk dan nampak sekujur tubuh terbaring kaku. Mulut ternganga, mata tertutup. Aku tengok ada yang tengah baca Surah Yaasiin. Aku duduk berteleku sambil baca apa yang patut. Lepas sejam aku keluar dan balik. Dalam hati aku berkata, lama lagi hayat Mak ni. Aku memang biasa memanggil dia Mak. Rumah dia tu dah menjadi tempat aku membesar.

Kemudian pada hari Khamis selepas Maghrib telah diadakan majlis bacaan Yaasiin beramai ramai di rumah Mak. Aku tak pergi sebab jam 8.30 ada rancangan Seekers. hehehe. Ibu aku ada bagitau yang Imam Jalil ada berpesan kepada anak Mak supaya mengisytiharkan kepada Mak yang anak-anak ini akan menggantikan puasanya. Mungkin kerana melihat Mak begitu, seperti ada sesuatu yang belum dibuat. Tak lama selepas tu dalam pukul 11.25 sekali lagi ayah aku menerima panggilan. Mak sudah meninggalkan dunia. Sekali lagi kami bergegas ke rumah Mak.
Sesampai di rumah Mak Imam Jalil terus membuat acara bacaan Yaasiin dan sekaligus tahlil.

Keesokan harinya aku terus ke masjid untuk Solat Jenazah. Hujan turun gerimis. Perkarangan masjid dah penuh dengan saudara mara arwah Mak. Sementara menunggu jenazah dimandi dan dikafankan, sekali lagi tahlil dibuat. Kemudian sanak saudara dipanggil bagi melihat arwah mak untuk kali terakhir sebelum ditutup mukanya dan disolatkan.

Sesudah solat, jenazah dimasukkan ke dalam van untuk dihantar ke tanah perkuburan. Aku menjadi pegawai trafik seketika, menahan kereta di simpang untuk memudahkan van jenazah selamat sampai ke tanah perkuburan. Alhamdulillah proses pengkebumian sangat mudah. Selepas talkin dan doa dibacakan aku mengambil sedikit masa untuk sedekah Alfatihah dan surah lazim sebelum balik.

3 malam berturut-turut diadakan acara bacaan Yaasiin dan tahlil. Semoga roh Mak ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah.

Al-Fatihah kepada Aminah binti Hajjah Khadijah.


(sesungguhnya aku memang tak pandai bercerita)


1 comment:

Noraselin Samsuri said...

may Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya