Pages

Kebodohan Supervisor

ni aku nak cerita sikit la benda yang jadik beberapa hari selepas dapat tau ibu ayah aku dapat pergi ke Mekah. pada aku benda ni memang sangat sangat bodoh dan membodohkan kepada sesiapa saja yang mengalaminya.

ceritanya macam ni..

lepas dapat tau pasal haji tu kami pun berbincang la anak beranak. aku dipertanggungjawabkan membawa mereka ke tabung haji. jadi aku pun bagi la es em es pada supervisor aku tu bagitau yang hari isnin aku nak amik cuti.

ni es em es aku..

Assalamualaikum.. nak bgtau hari isnin ni aku nak 
setelkan urusan haji mak ayah aku ni..
jadi kene amik cuti..

tapi kat henpon tu takde la tulisan senget macam tu. saje je buat nampak cam sedang bercerita.

ni balas si so-called-experienced-supervisor-sebab-keje-dah-lama tu..

Wa'alaikumsalam...cuti yg mie kena ambil adalah cuti emergency 
leave (EL)...kalau cuti annual leave kena apply paling lewat 
seminggu sebelum...perkara paling teruk mie kena buat adalah 
kene contact pn satariah..nk apply cuti emergency..isnin ni...
kalau dulu,xpe ble bagitau saya je..tapi skrg mie faham2lah sendiri...

nampak tak kebodohan beliau di situ. 
yang pertama bila die tulis cuti emergency leave. apa beza cuti dengan leave? apa pasal nak kena tulis benda yang sama maksud sampai dua kali? 

yang kedua bila ada ayat perkara paling teruk mie kena buat adalah kene contact pn satariah. amende yang teruknye kalau aku contact pn satariah tu? teruk sangat ke? bukan ke dia supervisor. jadik tanggungjawab dia la kene bagitau orang atasan dia pulak. baik aku call je pn satariah tu terus. bangang betul la. 

kebodohan yang ketiga pulak dan yang paling aku menyampah sekali bila dia bagi es em es panjang panjang sampai aku kene skrol ke bawah henpon aku tu. apa salahnya kalau balas camni je "ok no problem" takde la nak menyusahkan aku membaca benda benda bangang. sampaikan aku pun turut menjadi bangang baca panjang panjang.

lagi satu hal yang buat aku menyirap bila bagitau pada pn satariah pasal kes aku ni. sebenarnya cuti yang aku kene apply tu cuma annual leave a.k.a cuti tahun je. emergency leave tu hanyalah untuk kecemasan seperti ada kematian saudara terdekat. kan dah misleading jadinya. nama je keje dah lama tapi tak boleh nak beza pasal cuti. orang macam tu ke yang aku kene respek.

ahh.. penat la menaip sambil tengok facebook ni. boleh berpinau bijik mata dibuatnya.

berhenti setakat di sini dulu. nak siap siap dengan jajan dan air teh mamak. air teh mamak kalau bungkus harga dia rm2. mahal macam cilake. ni bukan kira cekik darah. ni dah boleh kira kene pijak kepala dah.

jap lagi ada game bola Malaysia vs Bahrain. ini memang wajib tengok. tak tengok karang kata tak patriotik pulak sebab tak support team negara sendiri. tak tengok bukan bermaksud tak support. ye dak..

1 comment:

eita said...

rilek3..jangan lah marah3....
x baek untuk kesihatan tu...