sambil aku menaip ni, aku tengah mencangkung. sebab apa aku mencangkung adalah kerana aku malas nak duduk. sebenarnya aku tengah kekeringan idea dan tak tau nak cerita pasal apa.
aku rasa ini adalah fenomena paranormal untuk diri aku. masalah aku adalah tiap kali aku log in ke blogger mesti aku rasa cam orang mandul. ya, kemandulan idea.
aku tak tau kenapa aku rasa sangat kosong bila mengadap ruangan posting ni. sambil sambil aku layan 9gag, aku kasi gelak gelak. rasa macam dah penuh kepala otak. bila bukak je ruangan posting ni aku rasa kosong semula. deep shit.
bila aku pikir pikir semula, ada beberapa masa dan ketika yang aku akan rasa sangat penuh ilmu di dada. sangat banyak ilham dan idea untuk menulis mencurah curah masuk ke ladang gandum (ok aku tau aku melalut) masuk ke kepala la.
antara waktu waktu tersebut adalah ketika aku makan. waktu makan adalah waktu kita konsentret kepada makanan dan cara pemakanan. kita tak boleh membiarkan peredaran darah ke otak lebih dari yang sepatutnya. biarkan diri kita menikmati makanan yang ada di hadapan. bukannya sibuk memikirkan hal hal dunia. selalunya masa tu jugaklah aku akan rasa "alangkah bagusnya jika aku sedang berada di depan pc". damn.
panjang pulak cerita ni. nanti la aku sambung.
1 comment:
nasib baik waras lagi kan...he3
Post a Comment