Bahan-bahan yang diperlukan.
1 cawan air halia – memerlukan
sekitar 6 inci halia yang di blender.
1 cawan air bawang putih –
memerlukan sekitar 5-6 labu bawang putih yang dikupas dan dikisar.
1 cawan air lemon – memerlukan
sekitar 4-5 biji lemon
1 cawan air cuka apple
3 cawan madu lebah – sekitar 700-800 gm
Halia dan bawang putih yang telah
dikisar halus hendaklah di tapis
menggunakan kain nipis untuk diperah mendapatkan air jus nya sahaja. Begitu juga lemon itu.
Masak semua sukatan air halia, air bawang putih, jus lemon dan apple cider (cuka apple) itu dengan api kecil sehingga ia surut menjadi 3 cawan sahaja campuran itu (masak sekitar 30-40 min). Awas campuran jus tersebut amat cepat meruap dan cepat kering jadi jangan besarkan api.
Setelah itu tutup api dan biarkan ia
sejuk. Setelah sejuk campurkan 3
cawan madu kedalam campuran jus
yang dimasak tadi dan kacau sehingga bercampur keseluruhannya.
Amalkan minum jus ini satu sudu
besar atau 3 sudu kecil (sudu teh)
setiap pagi sebelum makan pagi
(breakfast) seelok-eloknya selepas
solat subuh.
No comments:
Post a Comment