Pages

aku merindui..



kedua dua ayah dan ibu aku sekarang berada di Mekah.. aku sangat sangat merindui mereka.. mengalir air mata aku tiap kali tengok klip video orang menunaikan haji kat youtube..

bila balik dari kerja tengok rumah kosong.. aku rasa sunyi gila.. masa hantar diorang kat Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya minggu lepas bukan main beria air mata aku keluar.. time tu dah tak peduli ada makwe cun ke gadis manis ke..

tapi dalam pada tu aku rasa hepi jugak.. ye la bila lagi diorang nak dapat peluang nak gi tunaikan haji kan..

tahun lepas punya cerita.. kelam kabut buat pasport.. beli beg besar yang ada roda tu.. ayah dengan ibu aku dah siap pergi amik suntikan untuk bakal haji.. kursus perdana peringkat negeri selangor pun dah pergi.. last last dapat tau yang diorang tak terpilih pulak.. memang kecewa habis la.. kalau ikutkan giliran diorang tahun depan.. kalau panjang umurnya takpe la jugak..  sebab tu tahun ni aku tengok diorang rilek je takde nak pergi kursus haji yang tiap tiap tahun buat kat masjid tu.. takde sebok sebok nak beli kelengkapan pun..

tup tup rilek je tabung haji hantar SMS bagitau ayah dengan ibu aku dapat pergi.. SMS tu beb.. takde surat hitam putih pun.. satu keje pulak akak aku kene pergi tabung haji komplek pkns.. kat situlah baru dapat tau semua tarikh berangkat.. dari situ bermula la episod aku amik cuti tanpa bgtau bos aku.. alah bos pun tak serupa bos datang kerja pun manjang baca utusan online je.. pastu carik kerja kat jobstreet..

punya la banyak benda nak kene setel.. dari hal tabung haji kat mekah sana tak boleh keluar duit.. dah pulak kene pergi bank islam untuk transfer duit dari tabung haji ke bank islam.. ayah aku siap buat kad debit tu.. sebab boleh guna visa.. nampak tak betapa urusan haji, hal hal makan minum kat mekah yang terang terangan tanah untuk orang Islam.. tetap mendatangkan keuntungan untuk syarikat Visa.. syarikat yang kita tak tau pegangan agama diorang.. kan dah jau haku melalut..

sampai sini je la aku cerita.. rasa malas pulak nak menaip panjang panjang ni.. btw ayah dan ibu aku InsyaAllah balik ke Malaysia 2 disember.. tak sabar menanti kedatangan hari itu..

No comments: